Friday 25 August 2017

SOYA BAHAYA KE UNTUK PESAKIT CYST?

Banyak sangat viral pasal soya ini punca cyst. 
Sejauh mana kebenarannya ye. ada ke jurnal-jurnal 
atau ujian klinikal untuk sahkan viral ini.
Sebelum kita tentukan soya bahaya atau tak, mari kita
semak apa yang ada dalam soya.



APA ADA DALAM SOYA?
Soya merupakan antara makanan yang mengandungi Isoflavones yang paling tinggi. Isoflavones ini merupakan salah satu kelas phytoestrogen. Phytoestrogen adalah bahan kimia yang secara semulajadi ada di dalam tumbuhan. Ia terbentuk terdiri daripada genistein, daidzein, dan gycitien.




PHYTOESTROGEN BAHAYA?
Phytoestrogen dikatakan bahaya disebabkan mempunyai ciri-ciri cenderung kepada estrogen. Estrogen merupakan hormon yang ada di dalam badan. Fungsi utama estrogen adalah untuk penghasilan ovum. Pengambilan phytoestrogen akan menyebabkan pertambahan estrogen dan menjadi punca pembentukan cyst. 

Tetapi tiada kajian yang kukuh pengambilan phytoestrogen menjadi punca cyst semakin membesar. Tetapi ada kajian  yang membuktikan pengambilan soya sejak dari zaman remaja mengurangkan risiko kanser payudara. 

MAKANAN LAIN YANG MENGANDUNGI PHYTOESTROGEN :
1. TEMPE
2. BARLI
3. BIJAN
4. HALBA
5. OAT
6. DAGING (BACON)
7. MISO

KEBAIKAN SOYA :
1. Mencegah osteoporosis
2. Meningkatkan metabolisma badan
3. Meningkatkan kepadatan jisim tulang
4. Membantu mengawal berat badan dan kencing manis
5. Membantu mencegah serangan jantung
7. Membantu mengurangkan kadar kolestrol
8. Mencegah kecacatan tiub pada bayi
9. Mencegah kanser

Tiada kajian yang membuktikan bahawa soya punca kepada tumbesaran cyst. Makanan lain juga mungkin menjadi faktor ini. Lebih baik kita ambil tahu kebaikan soya.betul kan?. Lagipun ada kajian pada tahun 1999 menunjukkan jumlah pengambilan soya atau makanan yang mengandungi phytoestrogen adalah sebanyak 25gram sehari tidak memberi kesan yang buruk pada badan.

Jadi ambillah apa-apa sahaja makanan asalkan kita beRsederhana bagi mengelakkan kemudharatan pada badan kita. Moga ada manfaat entry kali ini.

No comments:

Post a Comment

CARA CANTIKKAN MUKA Bila usia meningkat, mulalah kedutaan di wajah terserlah.. emm.. sedih, tiap kali tengok muka kat cermin. Kulit waja...