Thursday 12 October 2017

CARA CANTIKKAN MUKA

Bila usia meningkat, mulalah kedutaan di wajah
terserlah.. emm.. sedih, tiap kali tengok muka kat
cermin. Kulit wajah tak seiring dengan umur. Umur
baru awal 30' an tapi wajah dah macam umur 40'an.
Aduh, tak kan nak biar je kan.. mestilah ada cara
nak cantik, mulus dan muda.



Kenapa kulit berkedut dan kusam?


1) Kekurang Kolagen


Sebenarnya badan kita memang telah keluarkan
kalogen dengan sendirinya, tetapi pada peringkatkan
usia 25'an, kolagen yang dikeluarkan dari badan kita dah semakin berkurangan. Foktor kekurangan kalogen bukan sahaja menyebabkan kedutan malah boleh menyebabkan masalah sendi dan arthiris.

2)Kekurangan antioksidan


Disebabkan keadaan keliling yang boleh mengundang radikal bebas yang menjadi punca kepada kerosakkan sel. Jalan terbaik adalah dengan pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan. Sumber makanan yang kaya dengan
Vitamin C amat digalakkan untuk memperbaiki sel-sel tubuh yang telah rosak.

3) Kekurangan Asid amino


Badan kita tidak dapat menghasilkan asid amino
dengan sendirinya. Asid amino boleh diperolehi dari haiwan dan tumbuhan. kelebihan asid amino adalah, dia mampu mengubah molekul yang diperlukan badan. 

4) Kekurangan protein


Kekurangan protein akan menyebabkan jeragat atau luka akibat jerawat sukar untuk hilang. Ini kerana sel-sel kulit ada jangka hayat, sentiasa bertukar ganti. Sel kulit yang mati kemudian akan tumbuh sel kulit yang baru. Sel kulit bergantung kepada kualiti protein yang kita ambil.

5) Kekurangan Vitamin E



Vitamin E sangat bagus dalam memberi kelembapan kepada kulit. Ia membantu dari kulit kita kekeringan dan menjadi kusam. Jadi amat perlu pengambilan Vitamin E yang secukupnya. 

Nak kekal cantik walau diusia tua , perlulah pastikan  perkara-perkara di atas diperbaiki. Moga tips ini dapat membantu bagaimana untuk cantikkan muka. jangan la harap secantik nora danish atau nealofa.. hihihi. Cukuplah sekadar segala masalah kedutan, jeragat, & jerawat dapat di atasi.

Next entry saya bagi kongsikan tips bagaimana untuk menggelakkan "sunburn" ketika bercuti di tepi pantai atau terpaksa bekerja dibawah sinaran matahari.. 


"nak cantik, nak sihat"



RELATED: TIPS JAGA MUKA, BAGAIMANA NAK JAGA MUKA, CARA ARTIS JAGA MUKA, CARA JAGA MUKA, CARA JAGA MUKA BERMINYAK, CARA JAGA MUKA DENGAN BETUL, CARA JAGA MUKA JERAWAT, CARA JAGA MUKA LELAKI, CARA JAGA MUKA PEREMPUAN, CARA JAGA MUKA WANITA, CARA NAK JAGA MUKA, CARA ORANG KOREA JAGA MUKA, JAGA MUKA,CARA ARTIS KOREA JAGA MUKA, JAGA MUKA BERJERAWAT, JAGA MUKA CANTIK, JAGA MUKA CARA ISLAM, JAGA MUKA DARI JERAWAT, JAGA MUKA DENGAN MADU, JAGA MUKA DENGAN TOMATO, JAGA MUKA JERAWAT, JAGA MUKA LELAKI, JAGA MUKA TRADISIONAL



rujukan:

1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3351609/

2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2846778/
3. http://healthyeating.sfgate.com/happens-there-insufficient-protein-diet-2687.html

Monday 9 October 2017

BAGUS KE PRODUK SUPPLEMENT?





Supplement seperti da menjadi keperluan setiap orang. Ini kerana di zaman yang semakin maju, semakin banyak pencemaran, maka semakin nipis lapisan ozon. Tapi apa kaitan pencemaran , lapisan ozon dengan nutrisi..??🤔🤔


Kenapa perlukan nutrisi? Nutrisi ni makanan bagi sel-sel kita. Sebab badan tak hasilkan nutrisi dengan sendirinya, jadi perlulah dapatkan dari sumber makanan yang lain, antaranya sayur-sayur, buah-buahan, atau ikan. Tapi kenapa kena tambah dengan supplement pula ye?


Ada 4 sebab kenapa kita perlukan supplement?

1) Ketandusan kesuburan Tanah


Ini memang parah. Tiap tahun menunjukkan tanah kita sudah ketandusan mineral. 😱😱 oh.. teruklah kan. Bila mineral dan semakin berkurang, berapa banyak tanaman dapat serap mineral ini kan. Padahal kita sangat perlukan nutrisi yang secukupnya. ini untuk pastikan daya tahan tubuh kuat. Ini kerana Sel-sel badan sangat perlukan nutrisi untuk mereka bekerja dengan baik. 

Macam mana ni, kita perlukan sesuatu, betul tak?





2) Tanaman dipetik sebelum Matang


Kebanyakkan tanaman tidak dipetik pada waktu matang. Ini menyebabkan tanaman ini tidak dapat menyerapkan mineral secukupnya. Jadi camne kita nak cukup nutrisi.





3) Tekanan (Stress)


Tekanan hidup berpunca dari tekanan kerja, masalah kewangan, dan tekanan dari keadaan sekeliling akan menyebabkan horman tidak stabil. Stress akan menyebabkan radikal bebas wujud. radikal bebas ini akan mengganggu sel-sel badan dan akan menyebabkan sel-sel menjadi tidak normal. Keadaan sel yang tidak normal mewujudkan banyak penyakit lain timbul. Di sini supplement sangat diperlukan kerana makanan tambahan yang mengandungi banyak antioksidan akan membunuh sel-sel yang tidak elok.


4) Gula


Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan gula terkumpul dan dikenali sebagai sorbital. Bahaya gula terkumpul ni tau.. ia akan menyebabkan kerosakan sel-sel saraf, mata, dan buah pinggang.. Zaman sekarang pengambilan makanan semua segera, air 3 in 1, makanan manisan, kek, kuih muih tapi itu yang sedap kan 😬😬. tapi tak kan nak dibiarkan sahaja. Bahaya kalau kita biarkan, tanpa kita sedar kita mungkin mengalami penyakit yang serius.


kesimpulannya, supplement memang sangat penting. 4 sebab diatas sangat-sangat kukuh kenapa zaman ini kita perlukan supplement@makanan tambahan. Supplement bukan ubat untuk atasi penyakit tapi adalah makanan tambahan bagi memenuhi keperluan nutrisi badan. Jom kita sihat dan cantik.





RELATED ITEM: SIHAT DENGAN SUPPLEMENT, BAGUS KE MAKAN SUPPLEMENT, KENAPA MAKAN SUPPLEMENT, KENALI SUPLLEMENT YANG BAHAYA, SUPPLEMENT BAHAYA KE ?, CARA MAKAN SUPPLMENT,KENAPA PERLU MAKAN SUPPLEMENT, MENGAPA KITA PERLU SUPPLEMENT, KENAPA TUBUH PERLU SUPPLEMENT


RUJUKAN :

1. http://www.politico.com/agenda/story/2017/09/13/food-nutrients-carbon-dioxide-000511?utm_source=pocket&utm_medium=email&utm_campaign=pockethits


2. https://www.scientificamerican.com/article/soil-depletion-and-nutrition-loss/



3. Journal of the American College of Nutrition  

CARA CANTIKKAN MUKA Bila usia meningkat, mulalah kedutaan di wajah terserlah.. emm.. sedih, tiap kali tengok muka kat cermin. Kulit waja...