Tuesday 22 August 2017

OVARIAN CYST BAHAYA?? - APAKAH TANDA-TANDA, RISIKO DAN RAWATANNYA



Saya baru selesai berkongsi tentang ovarian cyst, tapi mesti ramai nak tahu kan, apa tanda -tanda ovarian cyst ini, tak kan boleh tetiba je ada..  setiap wanita akan mengalami tanda yang berbeza dan mungkin mereka tidak sedar pun akan kehadiran cyst.. oleh itu sangat-sangat digalakkan tau untuk setiap wanita melakukan screening 12 bulan sekali.




Tanda-tanda menghidap ovarian cyst
1. Merasa sakit di bawah perut
2. Kitaran haid tidak menentu
3. Sering membuang air kencing
4. Masalah pembuangan air besar seperti sembelit
5. Hilang selera makan
6. Turun berat badan
7. Mengalami keletihan
8. Sakit apabila melakukan hubungan kelamin



Ohh.. mungkinkah ada tanda-tanda itu, tapi bahaya tak kalau tidak mendapat rawatan segera atau mungkin sangat berisiko.?? Ovarian cyst tidak bahaya sekiranya ketumbuhan cyst itu tidak melebihi 5cm, tetapi cyst sangat berisiko jika tumbesaran nya melebihi 5cm.

Risiko ovarian cyst :
1. Dikhuatiri cyst akan berpusing/berpintal sehingga menyebabkan kerosakkan ovari

2. Berkemungkinan csyt pecah dan berdarah yang boleh menyebabkan jangkitan kuman
3. Cyst semakin membesar sehingga memenuhi ruang ovari




Cyst boleh dirawat bergantung kepada saiz cyst:

1. Diameter cyst berukuran kurang 5cm .
Cyst jenis ini tidak perlukan rawatan dan akan hilang sendiri selepas beberapa bulan. Masih perlu rawatan susulan bagi memastikan kita bebas dari cyst

2. Diameter cyst berukuran antara 5cm - 7cm
Pemeriksaan ultrasound sekurang-kurangnya setahun sekali diperlukan untuk memastikan keadaan cyst tidak bahaya. Sangat Penting untuk mendapat pantauan dari doktor

3.Diameter cyst yang melebihi 7cm
Diameter sangat bahaya, perlu menjalani ujian dan pemeriksaan lanjut seperti MRI atau pembedahan.

Apapun keadaan cyst kita, perlu sangat-sangat untuk dapat rawatan lanjut, pemantauan dari doktor sangat penting tau, sebab hanya yang pakar sahaja yang tahu tentang keadaan sebenar kita.. moga bermanfaat untuk semua.



Rujukan:

1. https://mobile.facebook.com/DrZubaidiHjAhmad/posts/1382354575117947?_rdc=1&_rdr
2. http://drzubaidi.com/blog/adakah-ovarian-cyst-merbahaya/
3.http://www.mmgazette.com/sista-ovari-adakah-berbahaya-perlukah-dibuang-dr-muhammad-izzat/
4. Ovarian cysts before the menopause – Information for you by Royal College of Obstetricians & Gynaecologists United Kingdom. Published in June 2013 ( next review in 2016 )

1 comment:

CARA CANTIKKAN MUKA Bila usia meningkat, mulalah kedutaan di wajah terserlah.. emm.. sedih, tiap kali tengok muka kat cermin. Kulit waja...