Thursday 31 August 2017

CYST 7CM!! PENGALAMAN IBU MENGANDUNG KECUTKAN CYST



Seriau je rasa, bila doktor cakap ada cyst , padahal jumpa doktor untuk buat rutin harian je, scan baby tetiba nampak cyst size 7cm. Tapi ibu ini sangat positif. Masih teruskan pantuan doktor tapi tetap usahakan cara lain untuk kecutkan cyst.

TESTIMONI 1
Ikuti CERITA beliau :

 Puan Hanisah Mansor kongsikan pengalaman beliau di facebook.

"Kalau orang kata jangan minum ESP sebab SOYA, boleh sebabkan KANSER, CYST, FIBROID.. mama orang pertama yang BANGKANG!

Ketegaq (stubborn)! 😆

Sebab mama sendiri dulu, ada OVARIAN CYST, 7cm tau! Doktor tak boleh nak operate buang cyst tu sebab mama PREGNANT (early pregnancy). Kena sabar tunggu sampai 12 minggu baru boleh operate. Doktor bagitau risiko cyst boleh pecah dan sebabkan infection pada peranakan atau ovari boleh berpusing.

SCARY tau! Memang TAKDE UBAT atau SOLUSI untuk mama masa tu. Memang tawakkal (berdoa) dan teruskan ambek SET MENGANDUNG SHAKLEE, termasuk ESP.
Alhamdulillah sebelum minggu ke 12, cyst mama dah KECUT SEPENUHNYA. Tak perlu operate pun."

Seronoknya hati Puan Hanisah bila usaha beliau berjaya, pengambilan Set Kehamilan ini akhirnya, risiko cyst 7cm untuk dibedah dibatalkan kerana cyst kecut keseluruhannya. 

Beliau juga berkongsi, mempercayai produk ini disebabkan:
1) Hampir 50 tahun di malaysia
2) Tiada kajian yang membuktikan SOYA punca kanser - Dr Bruce Daggy 
3) Mempunyai ujian klinikal yang terbukti berkesan dan selamat digunakan

TESTIMONI 2
IKUTI CERITA PUAN NAJIHA.




Puan Najihah juga pernah mengalami cyst 4cm, tapi beliau masih meneruskan pengambilan Set Kehamilan Shaklee termasuk ESP. 


Syukur alhamdulillah, ketika membuat pemeriksaan pada usia kandungan 5 bulan, cyst sudah kecut dan pemedahan dibatalkan.

Riangnya hati bila cyst yang dialami mulai kecut, sekarang boleh fokus untuk bayi yang bakal dilahirkan. Set Kehamilan Shaklee terbukti semulajadi, berkesan dan selamat digunakan.
SITI SALIZA
SITI @ KekJa
016.342.7702














Tuesday 29 August 2017

VITAMIN INI YANG MEMBANTU KECUTKAN CYST SEMASA MENGANDUNG

Cyst yang kurang dari 5cm , biasanya Doktor akan pantau keadaan cyst. Hanya cyst yang melebihi 5cm ia perlu dibedah. Tetapi jika cyst ini timbul diawal kehamilan
dan size cyst melebihi 5cm, doktor akan pantau dan pemedahan hanya boleh dilakukan jika usia kandungan
lebih dari 12minggu. Ikuti penerangan Dr.zubaidi berkenaan cyst.

Menunggu itu pasti satu keperitan bilamana doktor
beritahu keadaan cyst boleh pecah dan berpintal
sehingga merbahayakan bayi dan ibu.

Sebenarnya cara pengambilan makanan juga membantu mengecutkan cyst. Dibantu pula dengan vitamin yang bersesuai boleh mengurangkan kegusaran hati ibu-ibu.




Set prenatal/kehamilan premium, yang mengandungi vitamin yang sangat membantu memenuhi lopongan nutrisi badan. Apabila keperluan nutrisi lengkap, maka hormon akan stabil. Hormon yang menyebabkan cyst adalah hormon estrogen yang berlebihan. Sangat penting untuk kita stabilkan hormon ini supaya cyst akan mengecut.

"Sebelum itu saya ingatkan set vitamin ini bukanlah ubat, sebaliknya ia menyediakan nutrisi yang lengkap bagi melawan cyst yang timbul"

Set prenatal ini membantu ibu mengandung kerana :
1. Mengandungi vitamin c yang menjadi antioksidan bagi meneutralkan radikal bebas yang menjadi punca pembesaran cyst
2. Lengkap dengan nutrisi yang dapat mengimbangi hormon estrogen punca cyst timbul
3. Mengandungi magnesium yang mengurangkan kesakitan akibat kekejangan di perut akibat cyst
4. Mengandungi Minyak ikan omega 3 membantu mengurangkan keradangan cyst
5. Melancarkan mengaliran darah agar cyst tidak membesar
6. Memenuhi keperluan nutrisi ibu mengandung bagi mengelakkan cyst membesar.

Banyakkan faedah bila badan dibantu dengan vitamin, moga lahirkan baby yang comel dan bijak ye.. lain kali saya akan sertakan pengalaman mereka yang berjaya kecutkan cyst.



SITI SALIZA
SITI @ Kek Ja
016.342.7702



Sunday 27 August 2017

MAKANAN BAGUS UNTUK KECUTKAN CYST SEMASA HAMIL DAN MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN

Bila doktor sahkan ada cyst, mula lah pening kepala apa yang perlu dan elakkan, supaya cyst tidak membesar dan berharap sangat boleh kecut dan hilang.



Sebenarnya banyak makanan yang bagus@baik untuk diamalkan. Tetapi pernah tak kita tahu bagaimana cyst
boleh terjadi. Cyst terjadi disebabkan horman estrogen
yang terlalu banyak didalam badan yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon. 

Antara pengambilan makanan yang digalakkan :
1. Makan sekurang-kurangnya lima hidangan sayur-sayuran segar setiap hari.
(brokoli, brussel sprout, kobis bunga, kobis)
(Brussel sprout)
2. Makan lebih banyak ikan dan kurang daging merah. (ikan salmon - kaya omega 3)
4. Kurangkan penggunaan keju.
5. Makan kacang dan biji (eg : walnut, badam, dan lain-lain).
6. Minum air mineral.
7. Soya

Pengambilan makanan yang perlu dielakkan :
1. Gandum
2. Minuman yang mengandungi kafein ( kopi, coklat, minuman tenaga) - boleh menganggu hormon
3. Gula halus (biasa terdapat didalam kek, roti,gula-gula, kuih) - boleh memusnahkan hormon
4. Makanan segera (Snek, burger)
7. Daging yang diproses

Selain itu perlu jauhi xenoestrogen antaranya dengan cara: 
1. Elakkan penggunaan botol plastik - Jangan membekukan, memanaskan semula atau menggunakan semula botol air plastik.
2. Kurangkan penggunaan microwave untuk memanaskan makanan.
3. Gunakan bahan pencuci semula jadi.
4. Jauhi paraben dalam produk penjagaan kulit. 


SITI SALIZA
SITI @ KekJa
016-342 7702



Rujukan:

1. http://www.thefreshcarrot.ca/ns/DisplayMonograph.asp?
StoreID=5020E137E9014BC38944489AF1F99926&DocID=condition-ovariancysts
2. http://www.livestrong.com/article/486206-foods-to-avoid-with-ovarian-cysts/
3.http://www.womens-health-advice.com/ovarian-cysts/natural-treatment.html
4.https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2398721/
(Estrogen Acidifies Vaginal pH by Up-Regulation of Proton Secretion via the Apical Membrane of Vaginal Ectocervical Epithelial Cells)
5.http://www.womens-health-advice.com/ovarian-cysts/natural-treatment.html

Friday 25 August 2017

SOYA BAHAYA KE UNTUK PESAKIT CYST?

Banyak sangat viral pasal soya ini punca cyst. 
Sejauh mana kebenarannya ye. ada ke jurnal-jurnal 
atau ujian klinikal untuk sahkan viral ini.
Sebelum kita tentukan soya bahaya atau tak, mari kita
semak apa yang ada dalam soya.



APA ADA DALAM SOYA?
Soya merupakan antara makanan yang mengandungi Isoflavones yang paling tinggi. Isoflavones ini merupakan salah satu kelas phytoestrogen. Phytoestrogen adalah bahan kimia yang secara semulajadi ada di dalam tumbuhan. Ia terbentuk terdiri daripada genistein, daidzein, dan gycitien.




PHYTOESTROGEN BAHAYA?
Phytoestrogen dikatakan bahaya disebabkan mempunyai ciri-ciri cenderung kepada estrogen. Estrogen merupakan hormon yang ada di dalam badan. Fungsi utama estrogen adalah untuk penghasilan ovum. Pengambilan phytoestrogen akan menyebabkan pertambahan estrogen dan menjadi punca pembentukan cyst. 

Tetapi tiada kajian yang kukuh pengambilan phytoestrogen menjadi punca cyst semakin membesar. Tetapi ada kajian  yang membuktikan pengambilan soya sejak dari zaman remaja mengurangkan risiko kanser payudara. 

MAKANAN LAIN YANG MENGANDUNGI PHYTOESTROGEN :
1. TEMPE
2. BARLI
3. BIJAN
4. HALBA
5. OAT
6. DAGING (BACON)
7. MISO

KEBAIKAN SOYA :
1. Mencegah osteoporosis
2. Meningkatkan metabolisma badan
3. Meningkatkan kepadatan jisim tulang
4. Membantu mengawal berat badan dan kencing manis
5. Membantu mencegah serangan jantung
7. Membantu mengurangkan kadar kolestrol
8. Mencegah kecacatan tiub pada bayi
9. Mencegah kanser

Tiada kajian yang membuktikan bahawa soya punca kepada tumbesaran cyst. Makanan lain juga mungkin menjadi faktor ini. Lebih baik kita ambil tahu kebaikan soya.betul kan?. Lagipun ada kajian pada tahun 1999 menunjukkan jumlah pengambilan soya atau makanan yang mengandungi phytoestrogen adalah sebanyak 25gram sehari tidak memberi kesan yang buruk pada badan.

Jadi ambillah apa-apa sahaja makanan asalkan kita beRsederhana bagi mengelakkan kemudharatan pada badan kita. Moga ada manfaat entry kali ini.

Tuesday 22 August 2017

OVARIAN CYST BAHAYA?? - APAKAH TANDA-TANDA, RISIKO DAN RAWATANNYA



Saya baru selesai berkongsi tentang ovarian cyst, tapi mesti ramai nak tahu kan, apa tanda -tanda ovarian cyst ini, tak kan boleh tetiba je ada..  setiap wanita akan mengalami tanda yang berbeza dan mungkin mereka tidak sedar pun akan kehadiran cyst.. oleh itu sangat-sangat digalakkan tau untuk setiap wanita melakukan screening 12 bulan sekali.




Tanda-tanda menghidap ovarian cyst
1. Merasa sakit di bawah perut
2. Kitaran haid tidak menentu
3. Sering membuang air kencing
4. Masalah pembuangan air besar seperti sembelit
5. Hilang selera makan
6. Turun berat badan
7. Mengalami keletihan
8. Sakit apabila melakukan hubungan kelamin



Ohh.. mungkinkah ada tanda-tanda itu, tapi bahaya tak kalau tidak mendapat rawatan segera atau mungkin sangat berisiko.?? Ovarian cyst tidak bahaya sekiranya ketumbuhan cyst itu tidak melebihi 5cm, tetapi cyst sangat berisiko jika tumbesaran nya melebihi 5cm.

Risiko ovarian cyst :
1. Dikhuatiri cyst akan berpusing/berpintal sehingga menyebabkan kerosakkan ovari

2. Berkemungkinan csyt pecah dan berdarah yang boleh menyebabkan jangkitan kuman
3. Cyst semakin membesar sehingga memenuhi ruang ovari




Cyst boleh dirawat bergantung kepada saiz cyst:

1. Diameter cyst berukuran kurang 5cm .
Cyst jenis ini tidak perlukan rawatan dan akan hilang sendiri selepas beberapa bulan. Masih perlu rawatan susulan bagi memastikan kita bebas dari cyst

2. Diameter cyst berukuran antara 5cm - 7cm
Pemeriksaan ultrasound sekurang-kurangnya setahun sekali diperlukan untuk memastikan keadaan cyst tidak bahaya. Sangat Penting untuk mendapat pantauan dari doktor

3.Diameter cyst yang melebihi 7cm
Diameter sangat bahaya, perlu menjalani ujian dan pemeriksaan lanjut seperti MRI atau pembedahan.

Apapun keadaan cyst kita, perlu sangat-sangat untuk dapat rawatan lanjut, pemantauan dari doktor sangat penting tau, sebab hanya yang pakar sahaja yang tahu tentang keadaan sebenar kita.. moga bermanfaat untuk semua.



Rujukan:

1. https://mobile.facebook.com/DrZubaidiHjAhmad/posts/1382354575117947?_rdc=1&_rdr
2. http://drzubaidi.com/blog/adakah-ovarian-cyst-merbahaya/
3.http://www.mmgazette.com/sista-ovari-adakah-berbahaya-perlukah-dibuang-dr-muhammad-izzat/
4. Ovarian cysts before the menopause – Information for you by Royal College of Obstetricians & Gynaecologists United Kingdom. Published in June 2013 ( next review in 2016 )

Sunday 20 August 2017

OVARIAN CYST BELENGGU IBU HAMIL





Fuh.. Berdegup laju jantungku, tiba-tiba je doktor yang buat
ultrasound beritahu ada Ovarian Cyst. Wanita mana yang tak
risau kan.. mulalah bermacam-macam fikir, apa itu ovarian
cyst? bahaya ke idok? Baby ok ke tak.Ini bukanlah yang
pernah saya alami, tapi ini sebagai info untuk saya dan pembaca lain mengetahui serba sedikit tentang ovarian cyst. 

Apa itu ovarian cyst?
Ovarian cyst adalah kantung yang mengandungi cecair
yang terbentuk di dalam ovari. Kebiasaan ovarian cyst
tidak merbahaya jika saiznya tidak melebihi 5cm.
Oleh itu, Wanita Hamil sangat digalakkan untuk bertanya
doktor tentang saiz dan jenis ovarian cyst yang mereka hidapi.





Bagaimana ovarian cyst ditentukan?
Bagi menentukan ovarion cyst, doktor akan menjalani
pemeriksaan utrasound, pemeriksaan CA-125 bagi menentukan kepekatan darah dan pemeriksaan CT scan abdomen bagi memastikan Jenis Ovarian cyst yang dihidapi.

Jenis-jenis Ovarian Cyst ketika hamil :

1. Corpus Luteum cyst: 
Ovarian cyst jenis ini sangat mudah dijumpai dan akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa bulan. Ia terjadi apabila folikel besar pada ovari yang terus menerus membesar selepas telur dilepaskan pada ovari. Biasanya cyst jenis ini mengndungi cecair di dalamnya.



2. Dermoid cyst :
Terjadi daripada sel yang menghasilkan telur pada ovari. Selalunya ia akan membesar beransur-ansur dan boleh wujud di kedua-dua ovari. Cyst jenis ini mengandungi rambut dan lemak di dalamnya.





Apakah Faktor ovarion cyst?

  • Ada Sejarah ovarion cyst
  • Obesiti
  • Kitaran haid yang tidak teratur
  • Menjalani terapi kanser payudara
  • Pernah menjalani Rawatan Kemandulan


Semoga entry ringkas ini dapat memberi sedikit penjelasan dan mengurangkan sedikit kegusaran dikalangan wanita hamil. Boleh terus merujuk doktor je tau, pasti doktor akan bagi penjelasan terperinci.


016-3427702
SITI SALIZA
SITI@KEK JA




Rujukan :
http://www.mmgazette.com/sista-ovari-adakah-berbahaya-perlukah-dibuang-dr-muhammad-izzat/

http://www.emedicinehealth.com/ovarian_cysts/page2_em.htm

http://drzubaidi.com/blog/ovarian-cyst-ketika-hamil/

http://www.columbiaasia.com/malaysia/health-articles/fakta-ovarian-cyst-yang-perlu-anda-tahu
Dr. Raja Junaidah bt Raja Abdullah (consultant obstectricion & gynecologist columbia asia hospital at puchong)

Thursday 17 August 2017

3 LANGKAH LAHIRKAN ANAK BIJAK ❤

Alhamdulillah dan tahniah untuk isteri dan suami yang sedang menunggu kelahiran bayi baru tahun ini. Hati pasti berbunga-bunga menanti kelahiran khalifah baru kan. Sudah merancang nama-nama indah dan pelbagai kelengkapan pasti sebaik mungkin disediakan. Dan sudah pasti juga ramai ibu bapa diluar sana teringin melahirkan anak-anak yang bijak. Terasa sejuk je perut ibu yang mengandung bila mana di awal usia 3 tahun mereka sudah pandai membaca dan menghafal al-quran, sudah pandai membaca buku-buku cerita pendek dan yang paling penting sangat mudah diuruskan.

Tidak semudah itu iye ibu dan ayah, ada amalan-amalan yang perlu dibuat agar bayi yang dilahirkan bukan sahaja bijak tapi sihat dan comel hendaknya.




1. AMALAN ROHANI

Solat sunat taubat

Perkara utama yang perlu dibuat ialah sentiasa melakukan solat sunat taubat. dengan solat sunat taubat ini, kita sentisa akan merasa rendah diri atas dosa-dosa yang kita lakukan setiap hari. Menjadikan kita sedar diri bahawa Allah adalah tempat kita bergantung sepenuhnya. Sebagaimana yang telah Ustazah Norhafizah Musa sampaikan, dengan melakukan solat taubat menjadikan kita sentiasa tawaduk, sifat rendah diri pada Allah dan orang sekeliling





Khatam al-quran

Daripada petikan ceramah Dato' Dr Izhar Ariff bertajuk Keluarga Sakinah, beliau sangat menyarankan supaya ibu-ibu yang mengandung dapat membaca al-quran dan khatam setiap bulan. Agak sukar kan untuk kita khatam alquran setiap bulan. Tetapi sekiranya kita mampu hanya membaca 4 halaman setiap selepas solat yakni hanya 2 lembar sahaja, tak mustahilkan kita mampu lakukan




Bersedekah

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. (Yaitu) orang-orang yag menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun di waktu sempit.” (QS. Ali Imran 133-134).

Menerapkan diri untuk sentiasa bersedekah akan mendidik diri rasa syukur kepada Allah dan melatih diri untuk sentiasa berfikiran positif. Sikap ini sangat baik bagi ibu mengandung agar sentiasa memikirkan sesuatu yang indah dan sentiasa membuat keputusan yang baik bagi setiap pertelingkahan antara suami isteri. Ini bagi memastikan perkembangan janin dalam persekitaran yang baik dan positif.


2. PEMAKANAN SIHAT

Makanan yang seimbang memang sangat penting untuk ibu mengandung kerana ia sangat mempengaruhi terhadap kesihatan ibu dan bayi. Oleh itu, ibu-ibu perlu pastikan setiap hidangan makanannya mengandungi zat besi, kalsium, vitamin A, B dan C, folic asid, magnesium, selenium. Setiap vitamin ini mempunyai fungsi yang berbeza.




Kekacang

Ibu yang mengandung sering kali mengalami masalah sembelit. Dengan pengambilan kekacang yang merupakan sumber protein dan serat sangat memudahkan proses pencernaan.

Sayur-sayuran

Bayam antara sayuran yang digalakkan makan bagi ibu mengandung. Kandungan serat, mangan, besi, vitamin A, C dan K yang juga terdapat dalam bayam juga yang penting dalam perkembangan bayi.

Buah-buahan

Pisang salah satu buah-buahan yang baik diamalkan untuk ibu hamil pada trimester pertama. Sumber utamanya adalah vitamin B yang dapat mengurangi rasa mual (morning sickness). ia juga turut mengandungi serat, vitamin C, dan potasium.

Tenusu

Susu yang paling tinggi kandungan kalsium. Kalsium sangat penting bagi pertumbuhan tulang bayi dan gigi. Ia juga bagi mengatasi masalah kekajangan yang sering dialami oleh ibu mengandung.

Supplement

Pengambilan supplement penting bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam pemakanan kita dan ai juga bagi membantu membina sistem pertahanan tubuh. SET KEHAMILAN TERBAIK.


3. DOA

Setelah segala usaha dibuat, berdoalah bersungguh-sungguh menyatakan segala hasrat dan impian ibu dan ayah secara terperinci, supaya pengharapan itu kita letakkan kepada yang MAHA KUASA. Kerana hanya ALLAH yang tahu apa yang terbaik untuk umatnya.




SITI SALIZA
NO TEL : 016 3427702

Tuesday 15 August 2017

TAKUT KENA SUNTIK ZAT BESI- TERUS PUAN YAYA CARI IKTHIAR LAIN







APA ITU ANEMIA?

Anemia bermaksud kekurangan hemoglobin(hb) sel darah merah di dalam darah.  Ia sebagai protein bagi membawa oksigen di dalam darah yang dihasilkan oleh tulang sum-sum. Kekurangan hemoglobin akan menyebabkan keletihan, bukan itu sahaja malah membahayakan kesihatan ibu dan bayi.





Ini puan Aya, comel kan?? Setiap kali mengandung beliau pasti menghadapi masalah anemia, bacaan HB(Hemoglobin) rendah, sehinggakan mengandungkan anak Ketiga masalah ini masih berlaku. Mesti ramai ibu-ibu diluar sana mengalami masalah yang beliau hadapi.. Jom kita lihat apa yang Puan Yaya lakukan bagi menyelesaikan masalah ini.



KISAH BELIAU



Ketika beliau buka buku merah di klinik kesihatan, pada waktu itu usia kandungannya 17 minggu, dan bacaan HB beliau hanyalah 8.7 sahaja!. Rendah kan? Bacaan HB yang rendah sangat bahaya untuk ibu mengandung. 



Oleh itu pihak klinik membekalkan beliau obimin tetapi beliau sangat loya untuk menelan pil tersebut, dan ditukar kepada iberet bagi memastikan bacaan HB beliau kembali normal.

Tetapi bacaan HB beliau turun dan naik malah TIDAK PERNAH capai bacaan yang Normal. Walaupun kakak beliau Puan Lin, memberi cadangan Vita-Lea (produk jenama Shaklee) bagi mengatasi masalah ini, beliau masih menolak. 

Dan akhirnya, setelah bacaan HB beliau masih tidak normal walaupun usia kandungannya sudah mencecah 34 minggu, barulah terbuka hati beliau untuk memcuba 
SET KEHAMILAN SHAKLEE. 
Itupun setelah beliau mendapat amaran untuk disuntik dengan ZAT BESI jika bacaan masih tidak normal.




Setelah mengamalkan SET KEHAMILAN SHAKLEE selama 2 minggu , bacaan HB beliau kembali normal, bukan sahaja beliau terkejut malah jururawat di klinik tersebut juga tidak menyangka bacaan HB beliau yang terkini.






Dan kerana Anemia ini, Beliau sangat PERCAYA dengan produk SHAKLEE yang merupakan produk kesihatan No. 1 di Amerika Syarikat. Dan beliau masih mengamalkan SET HAMIL SHAKLEE untuk anak beliau yang keempat setelah merasakan sendiri keberkesaan produk SHAKLEE.






SET KEHAMILAN SHAKLEE




Set Kehamilan Shakle
Kod Produk: 00P303

Set Kehamilan yang dikeluarkan oleh syarikat SHAKLEE amat memberi manfaat kepada ibu-ibu hamil bagi memastikan ibu-ibu gembira dan sihat, mesti ibu-ibu suka kan.

Set yang dilengkapi dengan Vita C plus, Vita-lea, B-complex, Omega Guard, Ostemarik dan ESP adalah untuk memberi nutrisi yang lengkap bukan sahaja kepada ibu mengandung malah kepada bayi. Ini bagi menyokong kehamilan yang sihat dan memenuhi lopongan nutrisi badan.

Mineral yang diperlukan Badan :

1. Vita-C plus (MAL13085068NC)
Vitamin C semula jadi untuk kesihatan gigi, gusi, tulang, kolagen dan hampir kesemua elemen yang membentuk tubuh badan kita.

2. Vita-Lea (MAL07081506XC)
Memberikan 28 vitamin penting dan mineral utama untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum.

3. B-complex (MAL12035068NCZ)
Membekalkan kesemua lapan vitamin B yang seimbang untuk menguatkan tubuh anda, melengkapi jurang nutrisi vitamin B. Pengambilan asid folik yang mencukupi telah terbukti dapat mengurangkan risiko wanita daripada melahirkan bayi yang mengalami kecacatan otak atau saraf tunjang.

4. Omega guard (MAL12015013NC)
Membekalkan spektrum luas tujuh asid lemak penting omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat.

5. Ostematrik(MAL07081510XC)
Diformulasi dengan kalsium, vitamin D, magnesium dan empat nutrien pembina tulang untuk membantu menjaga tulang dan gigi yang kuat dan sihat.


6. ESP Soy Protein (Kod Produk:&bsp;11003)

Kaya dengan Protein dan Kalsium bagi mempertingkatkan Tenaga dan stamina.




MASIH BERNUTRISI KE MASAKAN KITA?






Pinggan kecik untuk nek siti, pinggan besar untuk kekja.. 
kenapa ada dua pinggan berbeza??

Sebab nek siti tak boleh makan sayur yang keras, jadi 
terpaksalah kek ja overcook sayur bayam tu.. agak-agak 
masih ada nutrisi ke sayur tu.. mesti lah elek kan..
Sebab tu keperluan supplement bagi setiap umur sangat berbeza..

Sebab tu kita tengok mak-mak kita ada yang sakit lutut la, 
lemah.. semua tu perlu sokongan.. sama macam kita makan, 
agak-agak kalau kita tak makan boleh kenyang??

Begitulah supplement, badan perlu makanan tambahan 
untuk cukupkan mana yang kurang. Untuk pastikan sel 
dalaman boleh bekerja sama macam kita muda.
Silap ye tanggapan yang mengatakan pergantungan kepada supplement.. 

Yakin dengan Shaklee sebab:
1. 100 tahun dipasaran
2. Ada kajian
2. Ada pihak ketiga yang uji
3. Ada landmark yang data diambil dari sumber yang sahih.



CARA CANTIKKAN MUKA Bila usia meningkat, mulalah kedutaan di wajah terserlah.. emm.. sedih, tiap kali tengok muka kat cermin. Kulit waja...