Sunday 20 August 2017

OVARIAN CYST BELENGGU IBU HAMIL





Fuh.. Berdegup laju jantungku, tiba-tiba je doktor yang buat
ultrasound beritahu ada Ovarian Cyst. Wanita mana yang tak
risau kan.. mulalah bermacam-macam fikir, apa itu ovarian
cyst? bahaya ke idok? Baby ok ke tak.Ini bukanlah yang
pernah saya alami, tapi ini sebagai info untuk saya dan pembaca lain mengetahui serba sedikit tentang ovarian cyst. 

Apa itu ovarian cyst?
Ovarian cyst adalah kantung yang mengandungi cecair
yang terbentuk di dalam ovari. Kebiasaan ovarian cyst
tidak merbahaya jika saiznya tidak melebihi 5cm.
Oleh itu, Wanita Hamil sangat digalakkan untuk bertanya
doktor tentang saiz dan jenis ovarian cyst yang mereka hidapi.





Bagaimana ovarian cyst ditentukan?
Bagi menentukan ovarion cyst, doktor akan menjalani
pemeriksaan utrasound, pemeriksaan CA-125 bagi menentukan kepekatan darah dan pemeriksaan CT scan abdomen bagi memastikan Jenis Ovarian cyst yang dihidapi.

Jenis-jenis Ovarian Cyst ketika hamil :

1. Corpus Luteum cyst: 
Ovarian cyst jenis ini sangat mudah dijumpai dan akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa bulan. Ia terjadi apabila folikel besar pada ovari yang terus menerus membesar selepas telur dilepaskan pada ovari. Biasanya cyst jenis ini mengndungi cecair di dalamnya.



2. Dermoid cyst :
Terjadi daripada sel yang menghasilkan telur pada ovari. Selalunya ia akan membesar beransur-ansur dan boleh wujud di kedua-dua ovari. Cyst jenis ini mengandungi rambut dan lemak di dalamnya.





Apakah Faktor ovarion cyst?

  • Ada Sejarah ovarion cyst
  • Obesiti
  • Kitaran haid yang tidak teratur
  • Menjalani terapi kanser payudara
  • Pernah menjalani Rawatan Kemandulan


Semoga entry ringkas ini dapat memberi sedikit penjelasan dan mengurangkan sedikit kegusaran dikalangan wanita hamil. Boleh terus merujuk doktor je tau, pasti doktor akan bagi penjelasan terperinci.


016-3427702
SITI SALIZA
SITI@KEK JA




Rujukan :
http://www.mmgazette.com/sista-ovari-adakah-berbahaya-perlukah-dibuang-dr-muhammad-izzat/

http://www.emedicinehealth.com/ovarian_cysts/page2_em.htm

http://drzubaidi.com/blog/ovarian-cyst-ketika-hamil/

http://www.columbiaasia.com/malaysia/health-articles/fakta-ovarian-cyst-yang-perlu-anda-tahu
Dr. Raja Junaidah bt Raja Abdullah (consultant obstectricion & gynecologist columbia asia hospital at puchong)

No comments:

Post a Comment

CARA CANTIKKAN MUKA Bila usia meningkat, mulalah kedutaan di wajah terserlah.. emm.. sedih, tiap kali tengok muka kat cermin. Kulit waja...