Thursday 17 August 2017

3 LANGKAH LAHIRKAN ANAK BIJAK ❤

Alhamdulillah dan tahniah untuk isteri dan suami yang sedang menunggu kelahiran bayi baru tahun ini. Hati pasti berbunga-bunga menanti kelahiran khalifah baru kan. Sudah merancang nama-nama indah dan pelbagai kelengkapan pasti sebaik mungkin disediakan. Dan sudah pasti juga ramai ibu bapa diluar sana teringin melahirkan anak-anak yang bijak. Terasa sejuk je perut ibu yang mengandung bila mana di awal usia 3 tahun mereka sudah pandai membaca dan menghafal al-quran, sudah pandai membaca buku-buku cerita pendek dan yang paling penting sangat mudah diuruskan.

Tidak semudah itu iye ibu dan ayah, ada amalan-amalan yang perlu dibuat agar bayi yang dilahirkan bukan sahaja bijak tapi sihat dan comel hendaknya.




1. AMALAN ROHANI

Solat sunat taubat

Perkara utama yang perlu dibuat ialah sentiasa melakukan solat sunat taubat. dengan solat sunat taubat ini, kita sentisa akan merasa rendah diri atas dosa-dosa yang kita lakukan setiap hari. Menjadikan kita sedar diri bahawa Allah adalah tempat kita bergantung sepenuhnya. Sebagaimana yang telah Ustazah Norhafizah Musa sampaikan, dengan melakukan solat taubat menjadikan kita sentiasa tawaduk, sifat rendah diri pada Allah dan orang sekeliling





Khatam al-quran

Daripada petikan ceramah Dato' Dr Izhar Ariff bertajuk Keluarga Sakinah, beliau sangat menyarankan supaya ibu-ibu yang mengandung dapat membaca al-quran dan khatam setiap bulan. Agak sukar kan untuk kita khatam alquran setiap bulan. Tetapi sekiranya kita mampu hanya membaca 4 halaman setiap selepas solat yakni hanya 2 lembar sahaja, tak mustahilkan kita mampu lakukan




Bersedekah

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. (Yaitu) orang-orang yag menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun di waktu sempit.” (QS. Ali Imran 133-134).

Menerapkan diri untuk sentiasa bersedekah akan mendidik diri rasa syukur kepada Allah dan melatih diri untuk sentiasa berfikiran positif. Sikap ini sangat baik bagi ibu mengandung agar sentiasa memikirkan sesuatu yang indah dan sentiasa membuat keputusan yang baik bagi setiap pertelingkahan antara suami isteri. Ini bagi memastikan perkembangan janin dalam persekitaran yang baik dan positif.


2. PEMAKANAN SIHAT

Makanan yang seimbang memang sangat penting untuk ibu mengandung kerana ia sangat mempengaruhi terhadap kesihatan ibu dan bayi. Oleh itu, ibu-ibu perlu pastikan setiap hidangan makanannya mengandungi zat besi, kalsium, vitamin A, B dan C, folic asid, magnesium, selenium. Setiap vitamin ini mempunyai fungsi yang berbeza.




Kekacang

Ibu yang mengandung sering kali mengalami masalah sembelit. Dengan pengambilan kekacang yang merupakan sumber protein dan serat sangat memudahkan proses pencernaan.

Sayur-sayuran

Bayam antara sayuran yang digalakkan makan bagi ibu mengandung. Kandungan serat, mangan, besi, vitamin A, C dan K yang juga terdapat dalam bayam juga yang penting dalam perkembangan bayi.

Buah-buahan

Pisang salah satu buah-buahan yang baik diamalkan untuk ibu hamil pada trimester pertama. Sumber utamanya adalah vitamin B yang dapat mengurangi rasa mual (morning sickness). ia juga turut mengandungi serat, vitamin C, dan potasium.

Tenusu

Susu yang paling tinggi kandungan kalsium. Kalsium sangat penting bagi pertumbuhan tulang bayi dan gigi. Ia juga bagi mengatasi masalah kekajangan yang sering dialami oleh ibu mengandung.

Supplement

Pengambilan supplement penting bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam pemakanan kita dan ai juga bagi membantu membina sistem pertahanan tubuh. SET KEHAMILAN TERBAIK.


3. DOA

Setelah segala usaha dibuat, berdoalah bersungguh-sungguh menyatakan segala hasrat dan impian ibu dan ayah secara terperinci, supaya pengharapan itu kita letakkan kepada yang MAHA KUASA. Kerana hanya ALLAH yang tahu apa yang terbaik untuk umatnya.




SITI SALIZA
NO TEL : 016 3427702

No comments:

Post a Comment

CARA CANTIKKAN MUKA Bila usia meningkat, mulalah kedutaan di wajah terserlah.. emm.. sedih, tiap kali tengok muka kat cermin. Kulit waja...